Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru masihi 2010

Assalamualaikum dan salam keharmonian di tahun 2010...penulis tampil setelah lama menyepi...xda apa yang cuba di samapaikan...sekadar ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua warga kg gum-gum...moga dengan tahun baru ini kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti dan prestasi diri untuk di manfaatkan bersama bagi kepentingan sejagat...kepada warga kampung gum-gum tersayang penulis ingin menyeruh agar di tahun baru ini lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti kampung kita cuba jalankan bagi memupuk perpaduan disamping dapat mengekalkan kebudayaan, kesatuan dan keharmonian yang sedia terjalin sejak lebih 50 tahun wujudnya kampung ini...di tahun baru ini juga di harap sekalian warga dapat menjadikan ianya sebagai titik permulaan untuk kita merubah perbadi dan mentaliti agar lebih berintegriti dan terbuka dalam menilai baik buruknya sesuatu perkara yang kita lakukan...di tahun baru ini penulis akan cuba bangunkan blog yang xseberapa ini untuk tatapan warga...penulis memohon maaf kerana masih blum mendapatkan maklumat lanjut dan lengkap bekenaan sejarah dan segala yang berkaitan dengan kampung gum-gum untuk kita jadikan ia sebagai satu sejarah yang betulis untuk pengetahuan warga kampung dan generasi akan datang...pada tahun ini penulis akan cuba mendapatkan beberapa orang penting untuk mendapatkan membuat sedikit kajian bg mendapatkan maklumat tentang kampung gum-gum....moga kampung gum-gum ini akan terus bekekalan menjadi sebuah kampung yang harmoni dan sentosa seiring dengan terpilihnya kampung ini sebagai satu gerakan desa wawasan...happy new year.

Friday, December 25, 2009

Selepas Lembaga Padi, Kini Tiba Giliran Kg Gum-Gum

SLOGAN yang mempesona segelintir rakyat yang boleh diperbodohkan '1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sebenarnya membawa maksud yang tersirat "Rakyat didahulukan untuk dianiaya, pencapaian pemimpin UMNO/BN untuk berterusan mengisi kocek mereka mesti diutamakan'.

Setelah Kg. Lembaga Padi di Kota Kinabalu, Sabah menerima pukulan maut yang mengarahkan para penghuninya berpindah dari kawasan yang telah didiami sejak lebih tiga dekad lamanya, kini Kg. Gum-Gum Batu 16, Sandakan, sebuah perkampungan Melayu Bumiputera yang didiami sejak berabad lamanya, juga bakal pupus dari peta Sandakan dan akan diganti dengan sebuah pembangunan yang mana harga untuk setiap unit hartanah hanya mampu dimiliki oleh orang Cina.

Begitulah hebatnya para pemimpin UMNO mentadbir negara ini. Cukup mengkagumkan. Harta pusaka milik orang Melayu digadai semahunya oleh pemimpin UMNO demi memuaskan nafsu syaitan yang tiada penghujungnya!

YB-YB UMNO menjadi dalang memanipulasi dan memperdayakan penduduk kampung Melayu/ Bumiputera yang hidup dalam serba daif dan lemah. Penduduk Kg. Gum-Gum diperdayakan dengan pujukan kononnya mereka diarah berpindah sementara ke sebuah flat yang hampir siap pembinaannnya dan akan ditempatkan semula di kampung tersebut apabila kerja-kerja menaikkan tanah yang rendah supaya sama tingginya dengan laluan jalanraya di situ telah selesai.

Anda boleh bayangkan betapa baculnya sikap pemimpin UMNO ap

abila siang malam berkokok berderai-derai bahawa mereka akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan memartabatkan Islam dinegara ini!

Kalaulah UMNO/BN diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Negeri Sabah pada pilihanraya akan datang, saya pasti orang Melayu/ Islam akan gigit jari dan bakal berkampung di tepi-tepi laut sebagaimana pengalaman orang-orang Melayu di bawah era pemerintahan Parti Gerakan di Pulau Pinang dahulu.

Percayalah, selepas ini penduduk Melayu/Bumiputera di Kg. Berhala Darat/Kg Sim-Sim akan menerima giliran mereka untuk dihalau dari kampung halaman mereka bagi memenuhi runtunan nafsu syaitan para pemimpin UMNO/BN, sama seperti umat Islam Bosnia yang dihalau dan diusir dari kampung halaman mereka oleh puak kafir Serbia!!




Kepada para penduduk Kg. Gum-Gum, saya sarankan kepada anda semua supaya melakukan solat hajat memohon kepada Allah agar cita-cita jahat para pemimpin dan penyangak yang menjadi dalang kepada taukeh-taukeh Cina yang merupakan Anak Negeri palsu ini untuk mengusir anda dari perkampungan anda dapat digagalkan dengan izin Allah s.w.t.

by hamzah abdullah...

kalo berita ini betul...ia sememangnya sangat menyedihkan...

save our culture

save our unity

save our life......50 years...

Thursday, December 3, 2009

kelengkapan umum yang ada di kg gum-gum

klinik desa kg gum-gum
masjid kg gum-gum
bangunan ini merupakan pusat IT kg gum-gum

perpustakaan desa kg gum-gum

Dewan serbaguna kg gum-gum

Sekolah kebangsaan kg gum-gum (1972)

post kali ini penulis cuba menampilkan sedikit berkenaan dengan kelengkapan atau (insfraktruktur) selain dari elektrik dan air yang ada di kg gum-gum yang mana kelengkapan ini banyak memberi kebaikkan kepada penduduk kg gum-gum itu sendiri.

Monday, November 30, 2009

Selamat Datang ke Desa Wawasan Kg GUm-GUm

simpang ke kampung gum-gum kecil dan s.m.k gum-gum

papan tanda gerakan desa wawasan

masjid darul aman kg gum-gum

jalan ke gum-gum kecil

papan tanda menunjukkan selamat datang ke gerakan desa wawasan kampung gum-gum

Assalamualikum dan salam sejahtera...selamat datang ke kampung gum-gum bt 16 sandakan...ini merupakan entri pertama dalam blog ini dan akan meyusul kemudian entri-entri yang lebih menarik berkenaan dengan desa wawasan ini...lahirnya blog ini kerana penulis sudah merasakan kampung yang berusia 50 tahun atau lebih ini mesti ada cerita, kisah dan sejarah tersendiri di sebaliknya untuk pengetahuan warga kampung gum-gum...buat entri kali ini penulis hanya meletakkan gambar-gambar yang menunjukkan wujudnya kampung gum-gum...sementara blog yang kerdil ini dalam proses pembangunan dan baikpulih... di harap blog ini akan menjadi tatapan warga kampung gum-gum bagi menjadikannya kampung yang harmony, bersatu, maju dan hidup bukan sahaja dalam negeri Sabah tetapi Malaysia khasnya....