SLOGAN yang mempesona segelintir rakyat yang boleh diperbodohkan '1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sebenarnya membawa maksud yang tersirat "Rakyat didahulukan untuk dianiaya, pencapaian pemimpin UMNO/BN untuk berterusan mengisi kocek mereka mesti diutamakan'.
Setelah Kg. Lembaga Padi di Kota Kinabalu, Sabah menerima pukulan maut yang mengarahkan para penghuninya berpindah dari kawasan yang telah didiami sejak lebih tiga dekad lamanya, kini Kg. Gum-Gum Batu 16, Sandakan, sebuah perkampungan Melayu Bumiputera yang didiami sejak berabad lamanya, juga bakal pupus dari peta Sandakan dan akan diganti dengan sebuah pembangunan yang mana harga untuk setiap unit hartanah hanya mampu dimiliki oleh orang Cina.
Begitulah hebatnya para pemimpin UMNO mentadbir negara ini. Cukup mengkagumkan. Harta pusaka milik orang Melayu digadai semahunya oleh pemimpin UMNO demi memuaskan nafsu syaitan yang tiada penghujungnya!
YB-YB UMNO menjadi dalang memanipulasi dan memperdayakan penduduk kampung Melayu/ Bumiputera yang hidup dalam serba daif dan lemah. Penduduk Kg. Gum-Gum diperdayakan dengan pujukan kononnya mereka diarah berpindah sementara ke sebuah flat yang hampir siap pembinaannnya dan akan ditempatkan semula di kampung tersebut apabila kerja-kerja menaikkan tanah yang rendah supaya sama tingginya dengan laluan jalanraya di situ telah selesai.
Anda boleh bayangkan betapa baculnya sikap pemimpin UMNO ap
abila siang malam berkokok berderai-derai bahawa mereka akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan memartabatkan Islam dinegara ini!
Kalaulah UMNO/BN diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Negeri Sabah pada pilihanraya akan datang, saya pasti orang Melayu/ Islam akan gigit jari dan bakal berkampung di tepi-tepi laut sebagaimana pengalaman orang-orang Melayu di bawah era pemerintahan Parti Gerakan di Pulau Pinang dahulu.
Percayalah, selepas ini penduduk Melayu/Bumiputera di Kg. Berhala Darat/Kg Sim-Sim akan menerima giliran mereka untuk dihalau dari kampung halaman mereka bagi memenuhi runtunan nafsu syaitan para pemimpin UMNO/BN, sama seperti umat Islam Bosnia yang dihalau dan diusir dari kampung halaman mereka oleh puak kafir Serbia!!
Kepada para penduduk Kg. Gum-Gum, saya sarankan kepada anda semua supaya melakukan solat hajat memohon kepada Allah agar cita-cita jahat para pemimpin dan penyangak yang menjadi dalang kepada taukeh-taukeh Cina yang merupakan Anak Negeri palsu ini untuk mengusir anda dari perkampungan anda dapat digagalkan dengan izin Allah s.w.t.
by hamzah abdullah...
kalo berita ini betul...ia sememangnya sangat menyedihkan...
save our culture
save our unity
save our life......50 years...

No comments:
Post a Comment